Thursday, March 22, 2012

Eh? Dah Nak Setahun?

Sedar tak sedar, dah nak dekat setahun blog ni tak diupdatekan.

So, first of all, please accept my apology regarding this matter. There were more urgent things along the way that I needed to attend, and this blog, unfortunately wasn't a part of it.

Buat masa sekarang ni, aku akan cuba sedaya upaya untuk memblog kembali. Masa dan peranan aku sebagai seorang pelajar agak membataskan pergerakan aku di dalam penulisan blog ni. Entri Sokernet Tamu yang baru keluar tu pun yang lama sebenarnya. InsyaAllah kalau ada masa, entri satu lagi akan aku keluarkan dekat blog ni dulu sebelum aku hantarkan draf dekat Sokernet Tamu.

Then again, I never expected this crappy blog to have followers in the first place. Thus, those of you who have followed me (four from what I can see over here), you have my utmost gratitude. I hope that your perseverance attitude over my desolation on this blog (or laziness, whichever you want to call it) will be paid in the future. That is, by updating a bit more frequent than usual.

Kalau ada apa-apa yang nak dikata, macam biasa, sila merapu dekat bawah ni. Terima kasih lagi sekali.

Friday, April 15, 2011

[RANTS] Saya Rajin Blogging

Ptuih!

Orang kata kalau nak blogging ni kena ada ciri-ciri kat bawah ni:

1. Pandai mengarang.
2. Banyak idea.
3. Rajin menaip (keyboard warrior dalam erti lain).

Aku rasa aku boleh mengklasifikasikan diri aku di dalam dua kelompok yang atas tu.

Nombor tiga tu susah sikit. Walaupun aku suka merepek dalam Facebook, tapi aku seakan-akan tak ada conviction untuk menaip panjang-panjang. Dalam FB semua nukilan perasaan yang pendek-pendek je; kau fikir kau luahkan on the spot.

Macam ni nak bikin blog yang boleh orang baca?

Kah kah kah!

*facepalm*

Sunday, April 3, 2011

[FOOTBALL] The Woy Affair

Salah Siapa?

Sudah sedia maklum brader-brader semua dah tahu, kelab terhebat di alam semesta [citation needed], Liverpool FC, telah tumpas di tangan West Bromwich Albion di The Hawthorns semalam.

Tapi aku bukan nak sentuh pasal game malam semalam. Aku lebih tertumpu kepada watak utama yang telah mengecilkan ego fans Liverpool sehingga sekecil zarah.




Ya, siapa lagi kalau bukan Roy Hodgson (a.k.a. Uncle Woy). Berpindah dari Fulham setelah membawa kelab itu ke final Europa League, hanya bertahan selama lebih kurang enam bulan saja di Merseyside.

Salah dia ke fans Liverpool semua meroyan macam orang hil
ang anak semalam?

Mari kita lihat satu-persatu.

Kenny Dalglish dah cakap awal-awal lagi yang "sebe
narnya Hodgson tak mencari sekelumit peluang untuk balas dendam pun". Harus diingat bahawa hubungan Dalglish dengan Hodgson, walaupun tak rapat, tapi masih maintain okey. Hodgson menjadi pilihan pertama untuk managerial seat di Liverpool lepas Rafa pergi meskipun Dalglish berminat untuk kerusi yang sama, tapi macam orang kata, football is football, son.

Hodgson pun sendiri keluarkan statement yang dia tak nak celebrate kemenangan semalam tu.

"I get no extra pleasure from beating Liverpool. I made a lot of friends when I was at Liverpool. The players, I have a lot of time and respect for, and the coaching staff, many of them worked with me and worked very loyally. I don't take any particular pleasure in that. The great pleasure I take is beating Liverpool because it is not something West Brom do very often."

Jadi, kalau bukan salah Roy dan Kenny yang membuatkan The Kop malu, siapa lagi?



Siapa lagi kalau bukan Liverpool's 12th man, fans tegar mereka sendiri.

Kita kena ingat bahawa football dah menjadi satu bisnes yang serius. Liverpool, satu kelab yang berstatus dunia, bukan kelab yang korang tengok main bola petang-petang depan taman korang. Suara fans adalah income, periuk nasi kepada kelab. Kalau takde fans, siapa lagi yang nak bayar tiket stadium?

Bila fans semua dah memekik nama Dalglish mula dari awal season lagi sampai Roy berambus, apa lagi yang management boleh buat? Tambah lagi dengan rekod agak tahik Roy selama dia duduk atas kerusi empuk manager tu, management tak ada cara lain selain tendang Roy keluar Shankly Gates, lepas tu masukkan Kenny.

Aku rasa yang si Roy tu patut diberi masa lebih lama untuk merubah Liverpool ke glory years diorang balik, tapi dah penglipur-lara dekat Kop End tu dah meraban-raban, nak buat camne?

Macam orang-orang tua kata, ambik ubat! Korang meludah ke langit tapi kena balik kat korang.

Monday, March 28, 2011

[MUSIC VIDEO] Audioslave - Cochise

Entri kedua!

Orang kata bila kita nak mulakan sesuatu, kita kena mulakan dengan SEMANGAT!

Audioslave, bagi aku adalah sebuah band yang underrated. Underrated might seem to be an overstatement, but then again was there any singles that you came across in any radio station other than Like A Stone?

Tapi mesti korang tak berapa dengar Cochise ni kan? Lagu ni adalah trek pertama dalam album self-titled yakni album pertama diorang, dan bagi aku ini adalah permulaan yang seronok dalam kehidupan. Vokal Chris Cornell selaku frontman Soundgarden tak pernah mengecewakan, walaupun kalau korang bandingkan masa diorang baru nak up dulu dengan lagu Black Hole Sun, memang lain habis dengan sekarang ni.

Tom Morello, Tim Commerfold dan Brad Wilk semuanya ahli kumpulan Rage Against The Machine dulu. Honestly saying, I'm not a big fan of RATM, but they captivated my inner sight upon hearing this song the first time. Seriously, compared to RATM's thrash concept, it feels different to hear them playing something like hard-alternative rock, and I never expected them to blend in so well with Cornell's style.


Blog Baru Azam Baru

Gyeahh!

Entri pertama aku sejak sekian lama. Yes, my friends, I've blogged once upon a time before, but now I'm back upon a few unrelenting requests.

Tapi sebenarnya saja je nak lari dari FB. Ye la korang kata post aku panjang-panjang, serupa buat blog je, sekarang aku dah buat satu, baik korang baca. Kalau tak aku sekeh kepala sorang-sorang.

Ingin aku jelaskan di sini bahawa dekat blog ni aku tak mahu tapis-tapis. Kalau kat FB aku boleh lagi tersipu-sipu malu cover line bila nak bercakap, tapi kat sini aku mengamalkan dasar 'ikut suka abah aku'.

Needless to say that if you ever have any hard-feelings on any of my post, you can take your stinky asses off my blog. That's it.

Butthurters are allowed, but please, if you want me to treat you like human beings, comment like one, rather than making an animal upon yourselves.

Dan sehubungan dengan itu, aku masih lagi pelan-pelan kayuh nak menapak kat dalam arena blogging ni, jadi banyak lagi kena aku perbaiki. Sila pastikan, kalau ada idea yang boleh diguna pakai, mintak tolong PM aku atau korang tinggalkan je komen-komen.

Dekat blog aku ni pun aku mengamalkan konsep 'mesra rakyat'. Maknanya, kalau korang ada benda yang nak dikongsi (etc. video yang best, artikel yang seronok), PM aku jugak dan kalau apa yang korang hantar tu aku publish, aku akan pastikan korang akan dikreditkan. Source tu penting, bila orang nak kongsi reta jangan syok sendiri nak klem benda tu korang punya sendiri ye tak?

Akhir kata dari aku, terima kasih la sebab datang menyinggah.