Sunday, April 3, 2011

[FOOTBALL] The Woy Affair

Salah Siapa?

Sudah sedia maklum brader-brader semua dah tahu, kelab terhebat di alam semesta [citation needed], Liverpool FC, telah tumpas di tangan West Bromwich Albion di The Hawthorns semalam.

Tapi aku bukan nak sentuh pasal game malam semalam. Aku lebih tertumpu kepada watak utama yang telah mengecilkan ego fans Liverpool sehingga sekecil zarah.




Ya, siapa lagi kalau bukan Roy Hodgson (a.k.a. Uncle Woy). Berpindah dari Fulham setelah membawa kelab itu ke final Europa League, hanya bertahan selama lebih kurang enam bulan saja di Merseyside.

Salah dia ke fans Liverpool semua meroyan macam orang hil
ang anak semalam?

Mari kita lihat satu-persatu.

Kenny Dalglish dah cakap awal-awal lagi yang "sebe
narnya Hodgson tak mencari sekelumit peluang untuk balas dendam pun". Harus diingat bahawa hubungan Dalglish dengan Hodgson, walaupun tak rapat, tapi masih maintain okey. Hodgson menjadi pilihan pertama untuk managerial seat di Liverpool lepas Rafa pergi meskipun Dalglish berminat untuk kerusi yang sama, tapi macam orang kata, football is football, son.

Hodgson pun sendiri keluarkan statement yang dia tak nak celebrate kemenangan semalam tu.

"I get no extra pleasure from beating Liverpool. I made a lot of friends when I was at Liverpool. The players, I have a lot of time and respect for, and the coaching staff, many of them worked with me and worked very loyally. I don't take any particular pleasure in that. The great pleasure I take is beating Liverpool because it is not something West Brom do very often."

Jadi, kalau bukan salah Roy dan Kenny yang membuatkan The Kop malu, siapa lagi?



Siapa lagi kalau bukan Liverpool's 12th man, fans tegar mereka sendiri.

Kita kena ingat bahawa football dah menjadi satu bisnes yang serius. Liverpool, satu kelab yang berstatus dunia, bukan kelab yang korang tengok main bola petang-petang depan taman korang. Suara fans adalah income, periuk nasi kepada kelab. Kalau takde fans, siapa lagi yang nak bayar tiket stadium?

Bila fans semua dah memekik nama Dalglish mula dari awal season lagi sampai Roy berambus, apa lagi yang management boleh buat? Tambah lagi dengan rekod agak tahik Roy selama dia duduk atas kerusi empuk manager tu, management tak ada cara lain selain tendang Roy keluar Shankly Gates, lepas tu masukkan Kenny.

Aku rasa yang si Roy tu patut diberi masa lebih lama untuk merubah Liverpool ke glory years diorang balik, tapi dah penglipur-lara dekat Kop End tu dah meraban-raban, nak buat camne?

Macam orang-orang tua kata, ambik ubat! Korang meludah ke langit tapi kena balik kat korang.

1 comment:

  1. uncle roy meman WINRAR... take a look at my http://amarzikrylife.blogspot.com/

    ReplyDelete